Kembali Mengajar
Semalam merupakan hari pertama saya kembali mengajar di OUM. Alhamdulillah selepas setahun menyepi, tahun ini akhirnya saya diberi peluang untuk kembali ke sini.
Hati ini sebenarnya berbelah bahagi. Sejak 'bibikless', saya kebetulan tidak lagi diberi kelas di OUM. Saya hanya diberi tugasan memeriksa kertas peperiksaan akhir dan tugasan pelajar. Mudah sahaja. Buat di rumah Tak perlu keluar rumah.
Namun untuk semester ini, lain pula perancangan Tuhan. Berkira-kira untuk menolak. Pelan hujung pasti terganggu. Siapa pula yang nak jaga anak-anak?
Tapi, siapa pula yang mahu memberi RM300 sekali datang mengajar? Hanya sebulan sekali. Untuk 3 bulan sahaja. Nota dalam power point semua sudah siap...
Buat sajalah. Ini rezeki. Saat kita perlukannya, ia tidak pernah salah alamat. Datang tanpa diduga.
Rezeki ini misteri bentuknya. Kadang- kala sesuatu yang dikejar, lelah nafas kita mendapatkannya. Namun, kadang-kala ia tiba-tiba datang, tersenyum di depan pintu.
"Atau siapakah yang dapat memberikanmu rezeki jika Dia menahan rezekiNya?"
(Al-Mulk, ayat 21)

Comments
Post a Comment