Kisah Ulfanuur

Kisah Ulfanuur adalah kisah orang biasa, wanita biasa. Wanita yang ingin mencari redha Tuhannya dalam setiap gerak langkahnya. Baginya, hidup ini sementara. Tempat untuk mengumpul pahala di sebalik semua cinta yang diredhai Tuhan.

Cinta kepada penulisan, membuatkannya mendekati dunia blog. Ternyata dia sudah bermula lama dahulu. Bukan hari ini sahaja. Hampir sepuluh tahun yang lepas. Namun tiada satu pun yang kekal hingga ke hari ini.

Itu yang membuatkannya kesal. Mengapa tidak konsisten? Mengapa tiada burning desire dalam diri sedangkan kamu tahu apa mahumu?

Mengapa?

Tuhan, Tolong berikan aku kekuatan, nyalarasa yang membara untuk terus berkarya. Aku perlu itu untuk mencapai cita-cita.

Bimbing tanganku, ketuk kepalaku, jeritkan aku ya Tuhan supaya nyalarasa itu tidak padam.

Ini buku baharu.

Buku untuk memanjat kesyukuran buatMu.

Buku untuk mencatat muhasabah diri atas kelalaian.

Supaya menjadi jariah di alam kekal dan terusan pahala sehingga aku selamat sampai ke kampung halamanku.

Terima kasih Ya Allah atas kesempatan ini. Aku tidak mahu menoleh lagi.

Telah kututup tabir semalam dan sedang kubuka jendela baharu...

Comments

Popular Posts