Merajuk Si Ibu

Kisah semalam di 6 Ramadhan.

Entah apa yang terjadi kepada ketiga-tiga cahaya mata di rumah. Masing-masing menunjukkan belang mereka.

Seorang mengeluh tidak berhenti tiap kali disuruh mengerjakan sesuatu.

Seorang lagi mengamuk kerana kerja yang diberi guru tidak siap-siap.

Yang paling kecil, tidak habis-habis membuat onar di dapur, menumpahkan segalanya.


Sabar mama ada batasnya.

Diam itulah penghujung sabar. Selepas semua makanan untuk berbuka selesai dihidang dan azan pun berkumandang. Hati masih panas.

Mama mengambil keputusan untuk berbuka dengan hanya 4 biji kurma, 2 hirisan limau dan air sejuk. Di dalam bilik sendirian. Terus mandi dan solat. Biarkan anak-anak berbuka sendirian di meja makan.

Merajuk? Entahlah...


Sedang solat, si kecil mengetuk pintu.

"Mama, kita nak minta maaf..."

Gugur air mata di dalam sujud.


Sedikit musibah kecil. Mudah-mudahan hati akan terus sabar.

Comments

Popular Posts