Kembali

Baru tiga post, saya sudah tewas. Tabiat lama datang kembali. Malas, tidak konsisten, tiada disiplin, tiada komitmen.

Macamana mahu jadi penulis berjaya?

Saya harus menghentikannya.

Saya mahu jadi orang berjaya. Saya mahu ada buku sendiri. Saya mahu ada pendapatan hasil tulisan saya sendiri.

Tapi ini bukan kerja sekelip mata. Ia satu perjalanan panjang dan sukar. Dengan semua tanggungjawab dan komitmen yang melingkari diri saya sekarang, saya seperti tidak nampak di mana harus saya curi masa untuk menulis.

Ah! Alasan lagi.

Sudah-sudahlah memberi alasan okay? Terus buat. Macamana sibuk sekali pun, latihan menulis mesti diteruskan sehingga awak merasa ia menjadi sebahagian dari diri awak. Second nature.

Insya Allah. Saya akan cuba. Cuba untuk menulis di mana-mana, melihat kepada keadaan kerja dan komitmen diri saya. Orang yang bersungguh-sungguh mahu berjaya tidak akan beri alasan, bukan?

Tuhan, berikan saya kekuatan dan kelapangan. Mudah-mudahan saya berjumpa dengan apa yang saya cari.

Mulai hari ini, saya akan menulis di sini setiap hari. Setiap hari tau! Apa sahaja yang berlaku. Apa sahaja yang terlintas di fikiran. Kalau idea tidak datang, untuk bulai Julai ini, saya akan menulis satu tajuk bermula dari abjab "J".

Nampak menarik!

Boleh? Insya Allah. Kita cuba dulu.

Comments

Popular Posts